Kalau korang kenal Effie Hamzah hari ini, mungkin korang tak tahu yang perjalanan ni sebenarnya dah bermula beberapa tahun lepas, dengan nama Efiscarf.
Masa tu, fokus kami memang pada tudung, especially printed scarves dengan corak dan kombinasi warna yang ada identiti tersendiri. Banyak benda kami belajar sepanjang perjalanan tu. Ada yang berjalan seperti dirancang, ada juga yang mengajar kami untuk cuba cara lain.
And one of the memories along the way was our participation in the Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya at Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) during Ramadan dari 13 hingga 16 Mac 2026 selama 66 jam tanpa henti.


A Little Throwback to MITEC
Event macam ni bukan sekadar bawa tudung dan susun barang atas meja. Ada banyak preparation di belakangnya: pilih produk, siapkan stok, fikir cara nak display, susun ruang dan berharap orang yang datang nanti suka dengan apa yang kita bawa.


Bila dah berada di event, barulah kita dapat rasa sendiri suasananya. Dapat tengok orang lalu-lalang, perhatikan apa yang menarik perhatian mereka dan belajar sedikit demi sedikit tentang cara pelanggan melihat sesuatu produk.




Of course, bila berniaga, kita sentiasa berharap semuanya berjalan lancar. Tapi bagi kami, setiap pengalaman tetap ada sesuatu yang boleh dipelajari.
Looking back, pengalaman di MITEC tu menjadi salah satu daripada banyak chapter dalam perjalanan Efiscarf.
Every Chapter Teaches Us Something
Berniaga ni memang banyak benda yang kita belajar along the way. Bukan tentang produk sahaja, tetapi juga tentang customers, presentation, branding dan keputusan yang perlu dibuat untuk terus berkembang.
Kadang-kadang kita mula dengan satu idea, kemudian sepanjang perjalanan kita sedar ada perkara yang perlu diperbaiki, ada arah yang perlu diubah dan ada impian baharu yang kita nak kejar.
That’s part of growing, isn’t it?
Bagi kami, perjalanan daripada Efiscarf kepada Effie Hamzah bukan bermaksud melupakan apa yang pernah dibina. Sebaliknya, pengalaman lama itulah yang menjadi sebahagian daripada cerita kami hari ini.
A New Chapter: Effie Hamzah
Hari ini, kami meneruskan perjalanan di bawah nama Effie Hamzah (EH).
Dengan identiti baharu, kami mahu membawa koleksi tudung kami kepada lebih ramai wanita yang menghargai corak menarik, kombinasi warna yang cantik dan gaya yang membuatkan mereka rasa yakin dengan diri sendiri.
Masih banyak yang ingin kami belajar dan capai. Website ini juga sebahagian daripada langkah seterusnya: satu ruang untuk korang mengenali koleksi kami, mendapatkan inspirasi dan mengikuti perkembangan EH dengan lebih dekat.
So, if you’ve been with us since the Efiscarf days, thank you for being part of the journey.
And if you’re just getting to know Effie Hamzah, welcome! We’re happy to have you here. 🤎
Every brand has a story. This is ours, one chapter at a time.
Beautiful. Stylish. Confident.
Effie Hamzah
